Doa Solat Dhuha Yang Sahih



Assalamualaikum wbt dan selamat tengahari semua..

Masa aku karang artikel ni jam dah tunjukkan pukul 12:17 tengahari.. dah nak masuk sesi waktu makan tengahari.. Plan nak makan apa yer tengahari ini??

Ngkorang yang kerja kat tengah-tengah bandar besar biasanya makan kat mana?  Boleh share kat ruangan komen?

Untuk aku pulak.. tengahari ini rasa tak makan kot sebab masih kenyang makan nasi goreng yang isteri masakan kat aku pagi tadi.. mungkin makan petang-petang sikit insha allah.

Artikel kali ni aku just nak kongsikan doa sahih SOLAT DHUHA. 

Solat dhuha ni adalah solat sunat yang dapat menjemput rezeki kepada pelakunya.. SOLAT DHUHA biasanya dikerjakan antara 2 rakaat hingga 12 rakaat. Bagi aku kita kerjakanlah yang terbaik iaitu 12 rakaat tapi kalau tak berkesempatan jangan ditinggalkan terus.. memadai dengan 2 rakaat atau 4 rakaat. 

Menurut hadis daripada Aishah RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW sebaik selesai mendirikan SOLAT DHUHA baginda  membaca DOA DHUHA di bawah sebanyak 100 kali.

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي، وَتُبْ عَلَيَّ، إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمِ

Ertinya : Ya Allah, Ampunilah aku dan terimalah taubatku, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.

Jom sama-sama kita amalkan Doa Solat Dhuha yang sahih ini.  Semoga bermanfaat

Sumber : https://ecentral.my/solat-doa-dhuha/

Comments

Popular posts from this blog

Cerita Aku Di Bandaraya Melaka

Rahsia Menjemput Rezeki

Laksam Ikan Keli Sedap Ker???