Kisah Aku
Aku dibesarkan dari sebuah keluarga Peneroka FELDA Sening
yang terletak di selatan tanahair. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Adela (SKA), Kota Tinggi dan kemudiannya melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah di Sekolah Menengah Adela (SMA) Kota Tinggi Johor (1982-1992).
Alhamdullillah berkat doa kedua ibu bapa, result SPM aku agak baik dan membolehkan aku melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi. Aku gembira kerana dapat meneriskan pengajian di peringkat Sijil Integrasi di Politeknik Sultan Hj Ahmad Shah Semambu Kuantan dalam bidang Sijil Simpan Kira(1993). Di situlah bermulanya hidup berdikari sebagai seorang pelajar diperantauan. Ramai kenalan baru aku temui dan mereka masih tetap menjadi sabahat baik sehingga ke hari ini. Aku berjaya menamatkan pengajian pada tahun 1995 dan sekali lagi berkat doa emak dan abah, pada 14 Jun 1996 aku ditawarkan telah ditawarkan berkerja di Bank Simpanan Nasional (BSN) Jalan Ampang Kuala Lumpur sebagai Penyimpan Kira-Kira.
Pada 14 Jun 1996 bermulalah kerjaya
aku sebagai kakitangan BSN. Inilah kali pertama aku jejakkan kaki di Kuala
Lumpur. Mujurlah seorang kawan baik
sekampung dengan aku menawarkan tempat tinggal di rumah sewa di Jalan Lengkongan
Zoo View Ulu Klang duduk bersama student-student UTM Jalan Semarak. Panjang ceritanya di sini.. Aku skip dulu
cerita aku ni.
Dipendekkan cerita pada tahun 1998 sekali lagi aku diberikan
peluang untuk melanjutkan pelajar di Peringkat Ijazah Sarjana Muda secara
sepenuh masa. Hati mana yang tak
berbunga-bunga. Aku terima tawaran
dengan hati terbuka pada bulan Ogos 1998 bermula dunia baru aku sebagai
mahasiswa dalam pengajian Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan di UKM
Bangi .
Semasa di Ukm aku terlibat secara
aktif sebagai Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) dan
berjaya menamatkan latihan sebagai Leftenen Muda PALAPES pada tahun 2001.
Selain itu aku juga terlibat secara aktif dengan bermacam-macam program dan
aktiviti yang dianjurkan oleh kolej kediaman, fakulti dan mahupun universiti.
Pada tahun 2001 alhamdulillah aku berjaya
menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pentadbiran Perniagaaan
dengan Kepujian daripada UKM Bangi serentak ditauliahkan sebagai Leftenan Muda
PALAPES UKM.
Syukur dan pujian ke hadrat Allah yang
mengurniakan rezeki yang tak pernah putus-putus membina kerjaya dan memiliki
apa diimpikan.
Aku menetap di Bandar Tasik Kesuma
Beranang Selangor dan pernah menjawat beberapa jawatan penting sepanjang
kerjaya aku. Antaranya ialah sebagai Ketua
Jabatan di Syarikat Kumpulan DRB-HICOM Berrhad, Glenmarie Shah Alam dan sebagai
Naib Presiden di BSN Ibu Pejabat, Jalan Ampang Kuala Lumpur
Demi meningkatkan kompetensi dan bakat
yang dimiliki, aku berguru dengan seorang Mahaguru NLP Nombor 1 di Nustantara
Tn Hj Md Taib Mat. Sepanjang perguruan
dengan beliau berjaya mendapatkan persijilan Certified Basic NLP
Practitioner, Certified Language &
Behavior Practitioner dan Certified NLP Coach Akademi NLP Malaysia. Kelayakan yang dimiliki membolehkan aku
membantu ramai orang di luar sana untuk mencapai impian masing-masing
menggunakan ilmu NLP yang dipelajari.
Selain itu aku juga turut menuntut
ilmu daripada Sifu Pemasaran Internt terkenal saudara Irfan Khairi dalam Program
Intensif Perniagaan Internet Dan Media Sosial bagi memantapkan pengurusan
perniagaan dan pemasaran secara online dalam perniagaan yang aku ceburi.
Pengalaman lebih daripada 20 tahun
dalam sektor Perbankan serta bidang NLP telah mendorong memberanikan diri terjun
ke bidang keusahawanan bersama Quantum Metal serta berazam untuk membantu
seramai mungkin orang ramai yang ingin menceburi bidang pelaburan emas dengan
cara yang betul, selamat serta sah di sisi undang-undang.
Comments