Solat Diawal Waktu
Assalamualaikum wbt semua sahabat..
Waktu dah menujukkan 5:20 petang.. dah boleh berkemas-kemas nak balik rumah.. sebelum balik ke rumah cuba buat check-list sikit
1. Semua tugasan hari ini dah diselesaikan ke?
2. Semua emel yang diterima dah diberi jawab atau diambil tindakan ke?
3. Dan yang paling penting SOLAT ASAR dan settle ke?
Meh aku kongsikan kebaikan solat diawal waktu yang aku dapat daripada Pakcik Google ni..
Membentuk Disiplin Diri.
- Solat yang kita laksanakan diawal waktu mampu melatih kita untuk lebih berdisiplin dan sentiasa patuh pada arahan yang diberikan. Kalau kita nak orang ikut cakap kita, perbaiki dulu disiplin diri.. Insha Allah semua urusan akan dimudahkanNya nanti
Mendapat Ketenangan Hati
- Solat diawal waktu akan membuatkan hati menjadi tenang. Aku nak tanya ngkorang lah.. apa yang lebih menyenangkan daripada memiliki hati yang tenanng? Setuju tak statement aku ni?? Cer komen sikit??
Semua Urusan Dimudahkan ALLAH
- Bayangkan setiap kerja yang kita buat, Allah bantu memudahkan urusan kita asbab solat diawal waktu. Aku ada story nak share kat ngkorang ni. Kat pejabat aku ada seorang kerani yang cukup jaga waktu solatnya. Sepanjang aku perhati gerak geri dia.. Hamba Allah ni tak pernah tertinggal solat berjamaah di surau pejabat aku.. Zohor dan asar memang dia antara jemaah yang terawal sampai. Aku tengok kehidupannya nampak senang dan menyenangkan aje.. Walau pun seorang kerani tapi Allah anugerahkan dia jodoh dengan seorang gadis berpangkat MANAGER... Isteri dia juga subhanlallah warak dan menjaga akhlak. Sentiasa bercakap lemah lembut walaupun tegas sebagai seorang boss!!! Ni lah Allah nak tunjukkan kat aku dengan solat berjamaah di awal waktu dia berikan semua kebaikan kepada kawan aku nie.
Oklah aku rasa cukup sekadar ini sahaja sharing aku untuk hari ini. Panjang-panjang nanti ngkorang bosan pulak membaca.. Omputeh kata "Small Is Big". Betol ke tu?? hahahah ntah.
Kalau ngkorang berminat nak tahu tentang simpanan emas digital boleh lawat blog aku yang seterusnya kat sini.. banyak info yang boleh aku share nanti.. klik ye di sini
Comments