Laksam Ikan Keli Sedap Ker???

 Assalamualaikum wbt Guys….

Hari ini aku nak kongsi cerita berkenaan menu pagi 

macam biasalah isteri aku akan siapkan sarapan pagi untuk aku .


Sempena pagi Jumaat yang barkah ini isteri aku sediakan dsarapan special untuk aku. Laksam Terengganu!!!!


Sedap beb!!








macam biasalah aku akan jadi tester dia . 


Ceritanya macam ni…


Masa dia sediakan kuah laksam.. bahan utama adalah ikan selayang.. bila aku mengetest (testing) menurut lidah aku ikan dlm kuah tak berapa mencukup.. 


aku tanya dia berapa ekor ikan selayang dia masukkan.. katanya 3 ekor aje.. 


aku balas. laaaa.. sikitnya ikan… tambahlah lagi baru rasa ikan


dengan muka selamber dia kata “kalau guna ikan keli boleh ke??? 


aku kata.. “hah!!!!?????”


lantas aku kata “oke oke kuah yang ni dah sedap sangat.. tak perlu tambah ikan dah!!”


dalam hati aku ckp “mana logik laksam guna ikan keli?? mazhab mana pulok tu🤣🤣🤣🤣


Apa pun menu pagi ini memang sangat terbaik lah untuk aku di pagi Jumaat yang penuh Barakah ini terima kasih isteriku yang ku sayangi.


Kalau macam ni boleh jadi gemuk aku..


Satu lagi aku nak kongsi dengan koranglah tentang kelebihan guna iPhone 12 pro max ni.  


Kalau korang nak tahu teks yang aku tulis panjang-panjang ni bukan aku taip Tapi aku buatkan voice mesej aje


canggih beb!!!!




Dah ada akaun simpanan emas? jom klik kat sini untuk lebih info


Akaun Simpanan Emas


Masa aku menulis blog ni aku tengah berjalan menuju ke Masjid Asy-Syakirin KLCC aku cakap saja lepas tu handphone ni terus taip kan untuk aku.






Macam ada PA pulak kat sebelah ni….memang best.


okey untuk kali ini itu sahaja kita jumpa lagi petang bye

Comments

Anonymous said…
wow sedap nie
Puan Sue said…
Nampak pun dah sedap laksam tu...

Popular posts from this blog

Cerita Aku Di Bandaraya Melaka

Rahsia Menjemput Rezeki