Posts

Port Makan Sedap Harga Tak Masuk Akal Murah Giler!!!!

Image
Assalamualaikum wbt Gais… Pagi ni aku nak kongsi port makan tengahari yang sedap harga tak masuk akal kat area umah aku di Beranang Selangor. Sapa singgah Beranang wajib makan sini.. aku rekemen sangat especially pelbagai menu tengahari lomak cili padi dan manu lagi yang tak kurang sedapnya!!! Aku pilih menu kerang cili masak lemak, udang sambal dan ulam penggaga serta sambal belacan.. Satu family 4 beranak aku ambik macam2 ngan air minum yang pun macam2….harga cuma RM38.. Macam tak masuk akal murmur beb!!! Cumanya nak makan sini kena datang awal seawal jam 1100pagi.. klu masuk tengahari lauk banyak yang abis kerana kedai ni berdekatan ngan kawasan perindustrian Beranang. Sebab dia murah ni lah dia jadi pilihan mamat dan minah kilang kat sini.. kalau ngokorang nak mula simpan emas aku sangat rekemenkan Emas Quantum Metal . Okeh gais.. sampi sini dulu sini dulu ye

Laksam Ikan Keli Sedap Ker???

Image
  Assalamualaikum wbt Guys…. Hari ini aku nak kongsi cerita berkenaan menu pagi   macam biasalah isteri aku akan siapkan sarapan pagi untuk aku . Sempena pagi Jumaat yang barkah ini isteri aku sediakan dsarapan special untuk aku. Laksam Terengganu!!!! Sedap beb!! macam biasalah aku akan jadi tester dia .   Ceritanya macam ni… Masa dia sediakan kuah laksam.. bahan utama adalah ikan selayang.. bila aku mengetest (testing) menurut lidah aku ikan dlm kuah tak berapa mencukup..  aku tanya dia berapa ekor ikan selayang dia masukkan.. katanya 3 ekor aje..  aku balas. laaaa.. sikitnya ikan… tambahlah lagi baru rasa ikan dengan muka selamber dia kata “kalau guna ikan keli boleh ke???  aku kata.. “hah!!!!?????” lantas aku kata “oke oke kuah yang ni dah sedap sangat.. tak perlu tambah ikan dah!!” dalam hati aku ckp “mana logik laksam guna ikan keli?? mazhab mana pulok tu 🤣🤣🤣🤣 ” Apa pun menu pagi ini memang sangat terbaik lah untuk aku di pagi Jumaat yang penuh Bar...

Makan Nasi Kandar Saddam Segambut KL

Image
Kring!!! Kring!!! Kring!!!! tiba-tiba henfon berbunyi Aku tengok nombor 018-94294XX nombor takde dalam list.. takpe lah aku jawab Kedengaran suara lelaki : "Tuan.. Saya Cha Om ni (panggilan kawan2 dia kat opis).. Nak Order Nasi Kandar Saddam tak?? Saya nak pergi Saddam Segambut ni.."  Oh!!! panggilan daripada anak buah aku.. semalam dia janji dengan aku yang dia nak kirimkan nasi kandar saddam segambut kalau pergi ke Segambut. Aku pulak yang hampir terlupa. Aku balas "OK!! Lauk ayam yer.. Nnati balik saya bayar yer?" Dia balas "Baik Tuan!!!" Sejam kemudian.. jeng jeng jeng Ni hasilnya...... Ni first timer aku makan Nasi Kandar Saddam Segambut. Komen aku  Ayam madunya besar gedabak... rasanya boleh 2 orang makan..  Ada telur rebus dan sayur bendi celur..  Rasa kari tak berapa kuat.. just nice..   tapi yang tak best nasinya sikit aje.. Harga pulak RM12 aje.. oklah harga mampu milik. Kesimpulannya : Aku boleh reward 5 ★★★★★ untuk menu tengahari ini. Selain N...

Al-Kisah Sarung Tangan Murah Vs Hargaemas Murah

Image
Assalamualaikum wbt guys..  Pejam celik pejam celik hari ni dah masuk dah masuk 8.12.22.  Tinggal beberapa hari lagi 2023 menjelma Pagi ni aku bukan nak cerita sangat pasal  hargaemas tp aku nak cerita pasal harga sarung tangan tak masuk akal!!!!!!😭😭😭😆 Kisahnya macam ni.. bulan lepas..  (cakap dalam hati “lama giler 🤣🤣😂😂 .”) masa hujan lebat aku tak pakai baju hujan.. biasa lah naik superbike (kononnya) mana kelas pakai baju ujan 🤣🤣🤣 ..  biar basah asal bergaya 😂🤣.  Kesudahannya  semua basah kuyup luar dalam.  Badan aku yang sado ni semua dah jasi kecut habis..padan muka aku! Sarung tangan kesayangan aku ni pun basah kuyup jugak.. Tanda kasih sayang yang tak berbelah bagi, aku sidai dia kat  bumbung kereta toyota yaris bini aku ngan harapan akan kering keesokan harinya..  Keta ni   sebenarnya  jarang bergerak beberap hari leps tu sampai aku lupa sarung tangan yang aku jemur tu.. Selang beberapa hari aku baru p...

Solat Diawal Waktu

Image
 Assalamualaikum wbt semua sahabat.. Waktu dah menujukkan 5:20 petang.. dah boleh berkemas-kemas nak balik rumah.. sebelum balik ke rumah cuba buat check-list sikit 1. Semua tugasan hari ini dah diselesaikan ke? 2. Semua emel yang diterima dah diberi jawab atau diambil tindakan ke? 3. Dan yang paling penting SOLAT ASAR dan settle ke? Meh aku kongsikan kebaikan solat diawal waktu yang aku dapat daripada Pakcik Google ni.. Membentuk Disiplin Diri. Solat yang kita laksanakan diawal waktu mampu melatih kita untuk lebih berdisiplin dan sentiasa patuh pada arahan yang diberikan.  Kalau kita nak orang ikut cakap kita, perbaiki dulu disiplin diri.. Insha Allah semua urusan akan dimudahkanNya nanti Mendapat Ketenangan Hati Solat diawal waktu akan membuatkan hati menjadi tenang.  Aku nak tanya ngkorang lah.. apa yang lebih menyenangkan daripada memiliki hati yang tenanng?  Setuju tak statement aku ni?? Cer komen sikit?? Semua Urusan Dimudahkan ALLAH Bayangkan setiap kerja yang...

Nasi Lemak Ijau

Image
 Assalamuaikum wbt dan Selamat Pagi Semua Sahabatku.. Alhamdulillah pagi ni kita masih diberikan kehidupan oleh Allah SWT.  Apa yang penting adalah kena banyak bersyukur atas nikmat yang diberikan kepada kita. Pagi ni aku nak kongsikan satu cerita tentang sarapan pagi hari ini.. Macam biasa sebelum pergi kerja orang umah aku prepare menu febret dia iaitu nasi lemak ijau.. Ya!!!! Nasi Lemak Ijau yang diwarnakan menggunakan daun pandan.. Sedap betol beb!!! Ni gambar nasi lemak ijau yang orang umah aku prepare untuk aku pagi ni. Ni pulak sambal.. nampak simpel tapi poweer rasa dia.. Dan telur rebus belah dua.. ala2 lagu "Singkong Bagi Dua"😆😆😆😆😆 Aku tak pasti masa bila dia prepare bahan-bahan nasi lemak ni sebabnya pagi2 selepas solat subuh dia mengaji quran dulu.. kemudian siapkan anak nak pergi sekolah..  Memang hebat orang umah aku ni.. MULTI TASKING.. Walaupun sibuk dengan tugasan di rumah dan pejabat tapi masakan suami tak pernah dilupakan..  Satu lagi menu dia...

Doa Solat Dhuha Yang Sahih

Image
Assalamualaikum wbt dan selamat tengahari semua.. Masa aku karang artikel ni jam dah tunjukkan pukul 12:17 tengahari.. dah nak masuk sesi waktu makan tengahari.. Plan nak makan apa yer tengahari ini?? Ngkorang yang kerja kat tengah-tengah bandar besar biasanya makan kat mana?  Boleh share kat ruangan komen? Untuk aku pulak.. tengahari ini rasa tak makan kot sebab masih kenyang makan nasi goreng yang isteri masakan kat aku pagi tadi.. mungkin makan petang-petang sikit insha allah. Artikel kali ni aku just nak kongsikan doa sahih SOLAT DHUHA.  Solat dhuha ni adalah solat sunat yang dapat menjemput rezeki kepada pelakunya.. SOLAT DHUHA biasanya dikerjakan antara 2 rakaat hingga 12 rakaat. Bagi aku kita kerjakanlah yang terbaik iaitu 12 rakaat tapi kalau tak berkesempatan jangan ditinggalkan terus.. memadai dengan 2 rakaat atau 4 rakaat.  Menurut hadis daripada Aishah RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW sebaik selesai mendirikan SOLAT DHUHA baginda  membaca DOA DHUH...